Benar atau Tidak?

11:28 PM / Posted by SAMBAL BELACAN / comments (9)



















Menimbulkan persoalan besar... terleraikah persengkitaan mereka? Ketiga-tiga pihak ini dikatakan mempunyai perbezaan pendirian politik yang berbeza. DHMJ merupakan orang kesayangan HJ Manshor. Manakala Roslan HJ Manshor musuh politik lama DHMJ.

Betulkah persahabatan Roslan dengan DHMJ terjalin kembali? Bagaimana pula hubungan Roslan dengan DSSK, yang dikatakan semakin renggang akibat sokongan isterinya (Rosmanah) kepada Saidatul Badru yang dikatakan merupakan tajaan DHMJ dan Musa Aman. Satu lagi persoalan bagaimana pula hubungan Roslan dengan TSP yang memperjuangan Roslan semasa dipindahkan di pedalaman suatu ketika dahulu.

Inikah yang dikatakan dasar pendirian politik umang-umang atau lebih enak di dengar talam dua muka. Disamping lupa daratan.

Mana mungkin Roslan boleh menggantikan TSP yang boleh saya ibaratkan Harimau Kumbang Kota Belud. Rakyat khasnya masyarakat Iranun harus berterima kasih kepada sumbangan TSP yang memartabatkan sukubangsa.

Ini bukan serang peribadi tetapi untuk menasihati rakyat agar tidak tersalah pilih pemimpin! Mampukah Roslan memperjuangkan sukubangsa seperti TSP? Selamat Berfikir

Labels:

PENDEKAR CAHAYA: FORMULA 2: 1: 1: SESUAI UNTUK DAERAH KOTA BELUD?

9:34 PM / Posted by SAMBAL BELACAN / comments (2)

1. “Lain Lubuk lain ikan, lain padang lain belalang”. Makna kata-kata ini adalah bertepatan sekali dengan keadaan kemelut politik di Daerah Kota Belud berbanding dengan keadaan politik di daerah lain di Negeri Sabah. Seperti juga dengan daerah-daerah lain, setiap tiga tahun politik di daerah ini bergolak. Kalau pada hari-hari biasa pekan Kota Belud dan kedai-keadai kopi lengang, tetapi pada setiap tahun pemilihan (untuk Parti UMNO), hampir semua kedai kopi dipenuhi olih pelanggan yang kebanyakannya terdiri dari "orang-orang politik". Keadaan ini berterusan sepanjang waktu berkempen.

2. Kalau di daerah-daerah lain persaingan adalah di antara calun-calun yang sebangsa, di Daerah Kota Belud, persaingan adalah di antara suku-suku, Bajau, Kadazandusun, Cina dan Iranun . Masing-masing berkempen untuk memenangkan ‘kuda’nya, yang semestinya, ‘kuda-kuda’ ini pula adalah sebangsa dengan pekempen-pekempen itu.

Atas sebab itu ‘kehangatan’ kempen adalah lebih panas berbanding dengan daerah-daerah lain.

3. Satu lagi kelainan politik di Daerah Kota Belud ialah keputusan pemilihan akan menjadi tajuk perbualan berminggu-minggu, kadang-kadang berbulan-bulan. Rumah telah siap, pahat masih berbunyi. Kemenangan atau kekalahan seseorang calon, tidak habis-habis dipersoalkan. Ada calon kalah yang tidak menerima kekalahannya dengan hati yang terbuka. Ada yang kurang berpuas hati dengan keputusan perwakilan. Malahan ada yang emosional dan marah kepada orang-orang yang mereka fikir telah bertanggungjawab di atas kekalahannya.

4. Sebagai contoh, keputusan pemilihan G7 baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi di mana semua calon-calon dari suku Iranun telah kalah. Kononnya, kekalahan mereka itu disebabkan olih rancangan rapi pihak tertentu yang ingin melihat penglibatan suku Iranun di dalam politik Daerah Kota Belud tetap berada ditahap ‘seperti rumput ditepi jalan, hidup segan mati tak mau’. Dan kononnya juga, ada pemimpin veteran dari suku itu, yang telah gagal untuk mengetengahkan gagasan politik yang mantap bagi suku Iranun, untuk sentiasa mempunyai tempat di dalam politik Parti UMNO Bahagian Kota Belud.

Walaupun Kemenangan dua orang pemimpin pemuda dari suku Iranun yang bertanding untuk merebut tempat sebagai perwakilan Pemuda adalah kemenangan yang ‘sebenar’, namun ianya dianggap olih pemimpin-pemimpin masyarakat Iranun sebagi kemenangan ‘ehsan’ atau undi ‘kasihan’ atau undi untuk ‘mengabui’ mata suku ini untuk ‘menyembunyikan’ strageti suku bangsa majoriti yang ‘menekan’ politik suku Iranun sejak dahulu, sekarang dan di masa akan datang.

5. Apapun, kata orang, politik adalah politik. Kalau tidak ada perbezaan pendapat dan pandangan, itu bukan politik namanya.

6. Akan tetapi, ada pihak juga yang mengatakan bahawa, walaupun perbezaan pendapat dan pandangan merupakan perkara biasa atau asam garam politik, namun perbezaan pendapat yang tidak berbatas atau terkawal akan mencetuskan keadaan yang akan menjejaskan kestabilan politik sesuatu tempat, daerah, negeri atau negera. Apa tak lagi kalau mereka yang berbeza pendapat itu terdiri dari suku-suku yang mempunyai latar belakang sejarah persengkitaan .

Atas sebab pertikaian seperti ini, suatu formula yang telah terbukti kesan positifnya telah diwujudkan olih pemimpin-pemimpin dahulu. Formula yang dimaksudkan ialah konsep politik yang diamalkan olih Barisan Nasional sekarang, konsep ‘perkongsian kuasa’. Konsep ini menuntut supaya setiap bangsa di dalam negara ini diagihkan ‘tempat dan kuasa’ setimpal dengan jumlah bilangan suku yang berkenaan. Bukan itu sahaja, malahan ada kawasan yang majoriti penduduknya yang terdiri dari satu bangsa tetapi calun yang dipilih untuk bertanding di kawasan itu semasa pilihanraya, dari bangsa lain.

7. Memandangkan bahawa penduduk di Daerah Kota Belud adalah terdiri daripada tiga suku, Bajau, Kadazandusun dan Iranun dan pada setiap ‘tahun’ pemilihan politik Daerah Kota Belud bergolak, mungkin ada baiknya kalau konsep ‘perkongsian kuasa’ ini diaplikasikan di daerah tesebut. Pada setiap ‘tahun’ pemilihan, jawatan-jawatan yang perlu diisikan menurut kehendak perlembagaan, atas persefahaman dan kesepakatan pemimpin-pemimpin tempatan, hendaklah diisikan melalui proses ‘pertandingan tanpa tanding’ atau kuota.

8. Konsep ‘pertandingan tanpa tanding’ ini melibatkan jawatan-jawatan tertentu yang telah dikenal pasti untuk disandang olih sesuatu suku, atas kesepakatan, hendaklah ditandingi olih calun-calun dari suku itu sahaja. Umpamanya, kalau atas kesepakatan, jawatan Timbalan Ketua Bahagian diagihkan kepada suku Iranun sebagi kuota suku tersebut, maka pada setiap ‘tahun’ pertandingang, bangsa-bangsa lain tidak akan dibenarkan untuk bertanding untuk merebut jawatan tersebut.

Terpulanglah kepada suku Iranun pula, samada mereka akan bertanding sesama sendiri. Untuk mengelakkan perselisihan faham, ada baiknya kalau pertandingan ditiadakan. Tetapi, ini tidak akan menjamin bahawa calun yang ‘terpilih’ tanpa tanding itu pula merupakan calun yang popular, berkalibar atau ‘berkelebihan’.

9. Konsep ‘pertandingan tanpa tanding’ ini juga bolih diaplikasikan kepada pertandingan memilih G7 atau wakil 7. Bilangan wakil sesuatu suku di dalam rumbongan (perwakilan) yang hendak di hantar ke Mesyuarat Agung parti di Kuala Lumpur hendaklah ditetapkan setimpal dengan jumlah suku yang berkenaan. Cara pemilihannya adalah serupa dengan prosedur memilih penjawat jawatan di dalam Bahagian.

10. Dalam pada itu, tanpa persefahaman dan kesepakatan ikhlas di antara pemimpin-pemimpin politik setempat, formula ini tidak akan dapat dijayakan.

11. Kalau konsep ‘pertanding tanpa tanding’ ini mendapat sambutan di kalangan para pemimpin politik tempatan, mungkin juga ianya sesuai untuk diaplikasikan di dalam hal untuk memilih calun di dalam pilihanraya.

12. Daerah Kota Belud mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri, N. 6 Tempasuk, N. 7 Usukan dan N 8 Kadamaian dan satu Kawasan Parlimen, P.169 Kota Belud. Majoriti penduduk Daerah Kota Belud adalah Bajau, diikuti olih Kadazandusun dan ketiga Iranun. Pada masa ini, terdapat tiga orang wakil rakyat dari suku Bajau ( N. 6 Tempasuk – Datu Haji Musabah Hj Jamli; N. 8 Usukan – Datu Japlin Akhim dan P. 127 Kota Belud – Datu Abdul Rahman Dahlan) dan seorang dari suku Kadazandusun (N. 7 Kadamaian – Albert Timbun Lagadan). Sebelum pilihanraya umum ke 12, Kawasan N. 6 Tempasuk diwakili olih Iranun, Pandikar Amin Haji Mulia.

13. Di samping isu bilangan penyertaan suku Iranun di dalam G7, dan di dalam Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Belud, pemimpin-pemimpin dari suku Iranun dan masyarakatnya mempersoalkan ‘ketiadaan’ wakil rakyat dari suku mereka yang dicalonkan pada pilihanraya umum ke 12. Suku ini bertanya, ‘Mungkinkah di masa-masa yang akan datang, suku ini tidak akan diberikan peranan untuk membela nasib bangsa mereka melalui suaranya sendiri di Dewan Undangan Negeri Sabah atau di Parlimen Malaysia?’.

14. Ada pihak yang berpendapat bahawa, untuk menstabilkan keadaan politik di Daerah Kota Belud, adalah wajar untuk pihak-pihak yang berwajib untuk memikirkan suatu formula yang bolih diterima oleh tiga suku di daerah ini. Dan formula yang diketengahkan ialah Formula 2 : 1: 1, dimana setiap suku diagihkan kawasan pilihanraya untuk ditandingi olih calun dari suku mereka. Memandangkan suku Bajau merupakan suku yang majoriti, maka wajarlah jika suku ini diagihkan dua kawasan pilihanraya dan Kadazandusun dan Iranun masing-masing diagihkan satu kawasan.

15. Apapun terpulanglah kepada kebijaksanaan pucuk pimpian UMNO Bahagian Kota Belud untuk menentukan arahtuju politik daerah ini selaras dengan aspirasi tiga suku, Bajau, Kadazandusun dan Iranun yang hendak tinggal berjiran di dalam suasana keharmonian.

Labels:

Nik Aziz Buat Hal Lagi : Sakit Orang Tua NI

4:01 AM / Posted by SAMBAL BELACAN / comments (7)

Nik Aziz Kata Ahli Umno Tak Akan Masuk Syurga

BUKIT MERTAJAM, 17 Ogos (Bernama) -- Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota Umno.

"Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini Isnin selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Pengundian ialah pada 25 Ogos ini.

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Pas, Mohd Salleh Man, 52, yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, dan calon Barisan Nasional Rohaizat Othman, 38.

Kawasan itu mempunyai 20,290 pengundi berdaftar.

-- BERNAMA

Sumber : Bernama

Labels:

Kota Belud Kekurangan Pengantin Lelaki...

6:46 PM / Posted by SAMBAL BELACAN / comments (11)


Maklumat baru menunjukkan bahawa Kota Belud sedang mengalami masalah kekurangan calon pengantin lelaki tetapi maklumat ini tidak dapat dipastikan kesahihannya atas sebab belum ada statistik yang yang muktamad. Bilangan perempuan melebihi tiga kali ganda berbanding bilangan lelaki (3 nisba 1) yang belum berkahwin. Atas sebab ini semua pihak perlu memikirkan kaedah bagi mengatasi permasalahan ini.

Gambar Hiasan

Pihak yang berkenaan seperti Imam Daerah Kota Belud perlu tampil memainkan peranan bagi mencadangkan sebarang kaedah demi mengatasi keadaaan ini. Atas sebab tanggungjawab bersama bagi melihat kebahagian ummah, maka saya terpanggil untuk menulis isu ini.

Labels:

Not much to know about me...

11:35 PM / Posted by SAMBAL BELACAN / comments (5)


Not much to know about me. I was born in a poor family in a remote kampung in the District of Kota Belud, Sabah in 1955. I still go back to that kampung almost every week end. I have a kampung upbringing and mentality tempered with a good education in Egland. I know the feeling of being poor and being well off. I also know the feeling of being in the minority living with the majority as I was born in an Iranun community which is about 25 thousand out of 27 million of Malaysian. Certainly I know how its feel to be in the majority as I am a member of UMNO the biggest political party in Malaysia. I can eat any type of food so long as it is halal. I can live in any remote setting and in any busiest city in the world. I have led a political party (BN component) as a president and upon disolving that party on my on accord I joined UMNO as an ordinary member. I have been in the opposition side of politics and I have been in the government both state and federal levels. I have been a backbencher, minister as well as a Speaker of a State Assembly. I was a already a State Assemblyman at the age of 27. Now I am the Speaker of Malaysian House of Representatives. I wish to be called as Pa'Min.

Labels:

Saidah Menang Untuk DSSK

7:50 PM / Posted by SAMBAL BELACAN / comments (2)


Saida sanggup melupakan prinsip dan perjuangannya demi mengukuhkan politik DSSK. Sebenarnya Saida lebih serasi dengan perjuangan PKR, namun oleh kerana tidak mahu melihat satu-satu saudara lelaki yang merupakan keasayangan mereka terkandas dalam mencapai agenda politiknya, Saida sanggup menafikan prinsipnya dan mengkhianati Azizah dan umumnya PKR. Kehadiran Saida semula dalam UMNO, tidak lain tidak bukan demi DSSK, walaupun khabarnya kerap kali dinafikan oleh DSSK. Bagi sesetengah pemerhati politik berpendapat ini cuma permainan politik DSSK yang kononnya Saida bertanding atas arahan Musa, namun hakikatnya adalah arahan DSSK.

Betullah seperti yang pernah disuarakan oleh Saudara Musli Oli sebelum ini, pengkhianat sepatutnya tidak diberi ruang dalam kepimpinan UMNO, walaupun hanya G7, kerana mereka ini wakil ke perhimpunan pusat. Apakah pandangan pemimpinan pusat nanti... mungkinkah pemimpin KB tidak mempunyai pendirian?

Labels:

Kota Belud: Janda ku...

8:32 PM / Posted by SAMBAL BELACAN / comments (10)




Sekadar Gambar Hiasan


Statistik terbaru menunjukkan kadar janda di Daerah Kota Belud, semakin meningkat, ini termasuklah ibu tunggal, diceraikan oleh suami, fasakh, kematian suami dan gantung tidak bertali... Maka saya menyeru daripada kita asyik bercakap soal politik...piliharanraya PRU-13 lama lagi...ada baiknya kita memikirkan bagaimana membantu golongan ini, dalam usaha meringankan beban yang mereka tanggung selama ini...

Sekadar Gambar Hiasan

Golongan ini perlukan pembelaan sewajarnya. Maka sesiapa yang bercita-cita atau ada hati mahu jadi pemimpin...ayuh brother bertindaklah tunjukkan kepimpinan sdra2, membantu golongan ini dalam apa jua cara yang difikirkan perlu....ayuh brother!!! bantulah mereka ini....

Labels:

Layakkah Mereka Menggantikan Pandikar?

2:55 AM / Posted by SAMBAL BELACAN / comments (1)


TAN SRI PANDIKAR AMIN
APAKAH WAJAH2 DI BAWAH INI LAYAK???

EN. ROSLAN HAJI MANSHOR SEBAGAI GURU


EN. RAZAK RAKUNMAN SEBAGAI KONTRAKTOR

PN. AZLINA ABDUL WAHAB KAKITANGAN MRSM


Hentam Blogger Konon2 Kerana Background Sebagai Perunding

8:08 PM / Posted by SAMBAL BELACAN / comments (2)

Saya terbaca artikel seorang blogger, pagi ini yang mewar-warkan dirinya sebagai juruding yang dijadikannya taket bagi membolehkannya menghina serta memandang serong terhadap bloggers di Kota Belud. Beginikah sikap seorang consultant, agaknya inilah yang dikatakan consultant tidak bertauliah atau paling tidak pun consultant inilah yang dicari-cari oleh pembeli rumah selama ini kerana tindakannya yang gagal memberi nasihat berguna kepada pemaju perumahan.

Saya dilabelkan perkauman, saya nak tanya kepada semua rakan-rakan blogger...sejak bila saya jadi racist atau perkauman??? Inilah yang dikatakan tuduhan yang tidak bernas dan saya anggap sebagai serangan peribadi.

Sama ada penulisan saya mendapat sambutan atau tidak, itu tidak penting kerana yang paling penting saya menulis apa yang perlu, tambahan pula saya bukan menulis kerana nama...demi kebenaran!!!

Penulisan saya berdasarkan fakta yang jelas demi kepentingan masyarakat, tetapi bagaimana pula penulisan blogger yang menyatakan dirinya sebagai consultant... layakkah blogger ini menjadi consultant yang memberi pandangan membuta-tuli dan emosional lagi ekstrem.

Labels:

Badan Besar Jiwa Kecil

10:54 PM / Posted by SAMBAL BELACAN / comments (6)

Tersenyum sinis kita dibuatnya adakah patut seorang insan yang tidak ingin saya sebutkan namanya di sini berangan-angan jadi pemimpin... lucu pun ada, pelik pun ada, bukannya apa takut pula jadi macam Mat Jenin...

Menjadi pemimpin bukannya mudah, bukan setakat berani bersuara dan kenal ramai pemimpin, hakikatnya seorang pemimpin perlu ada jati diri dan yang paling mustahak tujuannya menjadi pemimpin mestilah ikhlas demi menyumbang bakti kepada masyarakat Kota Belud, bukannya mengejar populariti. Menjadi pemimpin masyarakat tidak sama dengan menjadi artis, kerana artis untuk populariti semata-mata.

Saya bukan berfikiran sempit mahupun berdendam dengan sesiapa, cuma saya inginkan pemimpin yang terbaik untuk masyarakat Kota Belud. Yang paling merisaukan saya kita tersilap pilih pemimpin... apa akan terjadi kalau tersilap pilih pemimpin, rakyat akan menderita, kita juga yang susah.

Jadi berfikirlah sebelum mengusulkan mana-mana nama pemimpin pelapis. Jadi lihat dan kaji terlebih dahulu sebelum membuat cadangan, ramai lagi yang berkebolehan dan jangan cuba perkecilkan skop semasa membuat cadangan.


Labels:

“POLITIK SIMPANG TIGA”

7:02 PM / Posted by SAMBAL BELACAN / comments (0)










Tiga pemimpin yang berlainan selera politik. Nik Aziz mahukan negara Islam. Karpal kata kami mahukan sosialisme. Anwar pula mencanangkan fahaman liberalisme. Wajarkah rakyat Malaysia percaya Pakatan Rakyat yang mempunyai dasar perjuangan berlainan? Andainya Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan pada peringkat persekutuan, timbul bermacam persoalan yang memerlukan penelitian daripada para penyokong tegar Pakatan Rakyat terutamanya soal perdana menteri dan kerajaan macam mana yang akan terbentuk sama ada kerajaan Islam atau kerajaan sosialisme mahupun kerajaan liberalisme?

Labels:

TEGURAN INDAH CARA BERHIKMAH

8:51 PM / Posted by SAMBAL BELACAN / comments (2)


Niat baik kita memperbaiki kepincangan dalam sistem politik tanahair dengan menegur atau mengkritik sering membuahkan hasil yang bertentangan. Semakin ditegur semakin menjadi-jadilah. Semakin ditegur, benang yang basah semakin ditegakkan. Malah, ada ketikanya kita mendapat jolokan mr right atau dilabelkan tidak Islamic dan tidak mempunyai kewarasan politik.


Teguran umpama penawar yang pahit untuk merawat penyakit. Ia perlu diberikan tetapi hanya akan diterima oleh orang yang sedar bahawa dirinya ada masalah dan perlu kepada penawar tersebut. Jika penawar diberi dengan cara melempar atau membaling, ia akan tumpah begitu saja dan menjadi sia-sia, malah kita terpaksa pula membersihkan lantai ditempat ia jatuh bersepai.

Pak Amin Pemimpin Pelbagai Cuaca

11:19 PM / Posted by SAMBAL BELACAN / comments (1)

Seorang pemimpin yang hebat akan dikenang melalui kredibiliti dan sumbangannya terhadap bangsa. Bagi mengimbas kembali jasa-jasa seseorang pemimpin itu, dapat kita nilaikan melalui liku-liku perjuangannya melalui aspirasi dan idea-idea yang telah dicurahkan untuk memartabatkan sesebuah bangsa. Jasa seseorang pemimpin akan diukur berdasarkan keberkesanan perancangan pembangunan bangsa bukan sekadar ucapan-ucapan retorik untuk kepentingan survival politik semata-mata.

Masyarakat Iranun amat beruntung kerana mempunyai seorang pemimpin yang hebat iaitu Pak Amin, di bawah kepimpinannya, masyarakat Iranun menjadi kaum yang terkenal dan dihormati oleh lain-lain kaum, bahkan masyarakat Iranun di Sabah, menjadi idola kepada masyarakat Iranun di Filipina. Keberaniannya menyuarakan pandangan berkaitan hak-hak kaum pribumi khasnya kaum Iranun mendapat pengiktirafan dari kebanyakan kaum di Malaysia malahan terdapat sesetengah kaum berasa cemburu kerana kaum Iranun memiliki pemimpin sedemikian rupa. Hal ini pernah disuarakan sendiri beberapa rakan dari kaum lain dan mulanya saya terkejut kerana rupanya kaum lain pun kagum akan kepimpinan beliau, tetapi.... kita sendiri macam mana? Beliau tidak pernah jemu untuk meningkatkan taraf serta menaikkan semangat dan kesedaran kepada masyarakat Iranun agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah kaum-kaum lain. Beliau memupuk supaya kita bangga dengan diri kita sendiri dan seterusnya menjadi kaum yang dikagumi.

Sememangnya saya tidak begitu mengenali beliau secara peribadi tetapi saya mengetahui liku-liku perjuangan beliau sebagai pemimpin perintis masyarakat Iranun di Sabah. Bagi saya beliau merupakan orang pertama yang membuktikan dan membuka mata dunia bahawa Orang Iranun juga punya keupayaan untuk memimpin, buktinya Iranun di Filipina turut mendapat suntikan semangat perjuangan untuk memperjuangan nasib mereka di Filipina.

Saya menjangkakan ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan saya terhadap Pak Amin. Mungkin ada yang menyangka saya cuba mengampu pemimpin, tetapi terpulang kepada saudara kerana kita bebas memberi pandangan cuma yang penting mesti berani mengakui yang benar kalaulah itu hakikatnya.

Yang menghalang kemajuan

9:55 PM / Posted by SAMBAL BELACAN / comments (1)


Dalam konteks politik Malaysia, terdapat golongan tertentu yang cuba menghalang kemajuan dan keamanan negara. Walaupun mungkin bukan niatnya tetapi tindakan golongan ini menjadikan negara kita kurang kompetetif. Golongan ini cuba menggunakan pelbagai isu demi meraih simpati rakyat. Isu perkauman dan agama menjadi isu yang wajib untuk dipersembahkan dalam pementasan teater politik mereka.

Kini timbul pula isu komunis ekoran ada pihak-pihak tertentu yang cuba membawa masuk Chin Ping ke Malaysia. Walau apapun alasannya, jika Chin Ping dibenarkan masuk ke Malaysia, ini akan mewujudkan situasi yang tidak akan menguntungkan sesiapa malahan akan mengguris perasaan orang-orang Melayu khasnya yang pernah mengalami keganasan komunis seperti kata pepatah “luka lama berdarah kembali”. Bahkan lebih daripada itu yang menjadi kerisauan, fahaman komunis “mati hidup kembali” di bumi bertuah Malaysia. Ini memandangkan perkembangan politik dan ditambah dengan masalah keruntuhan moral golongan muda dibimbangi jarum-jarum komunis akan berjaya meresap masuk, jadi jangan sampai “sudah terhantuk baru terngada” tidak ada gunanya.

Dalam pada itu, ada juga pihak-pihak mengajak kita berdebat dan berpecah atas nama Islam serta mengajak kita mundur dan lemah dengan menidakkan kemajuan serta ilmu duniawi. Mereka selalu bercerita soal kehebatan tamadun Islam silam tetapi pada masa yang sama mereka cuba menghalang kebangkitan Islam di Malaysia dengan alasan bukan kemajuan atau pembangunan yang dituntut oleh Islam kerana menrut tafsiran mereka yang dimaksudkan dengan kemajuan Islam itu adalah kekuatan rohani dalam bentuk amal ibadah semata-mata. Pihak berkenaan tidak mengakui bahawa mereka menghalang kemajuan umat Islam. Mungkin ada perlunya mereka menunjukkan penglibatan mereka dalam ekonomi dan pembangunan untuk membuktikan bahawa mereka tidak anti kemajuan.

Malaysia mereka anggap bukan Islamic, justeru itu mereka bersekongkol dengan dengan parti yang berfahaman sosialisme dan liberalisme untuk membentuk kerajaan yang Islamic. Saya pernah bersoal-jawab dengan seorang penyokong kuat parti tersebut dan dalam soal-jawab saya mengutaran persoalan yang saya fikir penting “Bolehkan parti kamu membentuk kerajaan yang lebih Islamic sedangkan parti kamu membentuk pakatan dengan puak sosialisme dan liberalisme?”. Penyokong tersebut menjawab dengan penuh yakin “kenapa tidak, sebab kami yang pegang kunci!”. Saya pun tidak pasti apa yang penyokong tersebut maksudkan dengan perkataan “pegang kunci” kerana kita boleh lihat dewasa ini pihak mana yang menguasai pakatan tersebut.

Kelmarin saya bertemu seorang dengan rakan lama satu universiti, beliau menimbulkan rasa kebimbangan berkaitan situasi politik semasa. Menurut beliau lagi, “ekonomi dunia dah merudum, politik tanahair pula gawat, inilah masalah politik kedai kopi”. Ada betulnya juga kata-kata beliau itu, sebab sedar atau tidak, sekarang kita terlalu banyak berpolitik. Bukan hanya menjelang pilihanraya kita berpolitik tetapi berdasarkan pemerhatian saya para politikus akan terus berpolitik sehingga pilihanraya seterusnya lima tahun akan datang. Ini bermakna politikus akan berpolitik selama 365 hari dalam setahun didarab 5 tahun maka jumlahnya 1825 hari lamanya berpolitik. Mungkin inilah yang dimaksudkan politik kedai kopi oleh sahabat saya itu, tetapi saya lebih melihat ini sebagai politik starbucks. Sekiranya keadaan ini berterusan, bila masanya kita bercakap soal ekonomi dan pembangunan yang seharusnya diberi keutamaan. Pilihanraya Presiden Amerika dah berakhir, Barrack Obama diistihar Presiden Amerika Syarikat, kita di Malaysia PRU-12 dah berakhir, rakyat telahpun membuat keputusan, SPR telahpun mengumumkan keputusan rakyat, kabinet telahpun dibentuk, tetapi politikus khasnya pembangkang masih lagi kemaruk politik.

Keadaan politik yang tidak stabil ini menyebabkan para pelabur asing berasa ragu untuk datang melabur. Tunjuk perasaan dan pelbagai lagi demonstarasi jalanan yang dianjurkan oleh pihak pembangkang. Ini semua membuatkan pelabur asing hilang keyakinan. Jadi bagaimana negara nak maju kalau FDI berkurangan atau kurang memberangsangkan. Akibatnya rakyat akan kehilangan pekerjaan, ekonomi akan parah, pengangguran meningkat, masalah sosial pula akan meningkat. Jadi dimanakah peranan para pembangkang yang menggelarkan diri sebagai pakatan rakyat yang bertujuan membela nasib rakyat, kalau tindakannya tidak mencerminkan sebagai pembela rakyat. Sepatutnya para pembangkang perlu membantu kerajaan dalam usaha mengatasi kesan kemelut ekonomi global terhadap Malaysia. Bukannya mencanangkan kepada dunia soal masalah dalaman seperti kemelut politik dan perpaduan “tak kan masalah suami-isteri dihebahkan kepada jiran tetangga”, hinggakan dikhabarkan Lee Kuan Yew turut masuk campur menguruskan soal rumahtangga kita.

Jadi diharapkan para pengarah pelakon teater politik, sedaralah rakyat dah letih dengan pementasan politik yang tidak bernokta, rakyat dahagakan pembangunan bukannya cerita panglipur lara. Para pembangkang kalau ia pun tidak mampu menyumbang idea bernas kepada kerajaan untuk kemashlahatan rakyat, memadailah dengan berhenti mengkucar-kacirkan politik tanahair....pastinya rakyat yang berkesedaran akan mengucapkan terima kasih.

Pemburu Pemburu Kuasa

8:38 PM / Posted by SAMBAL BELACAN / comments (2)


“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh” Begitulah pepatah Melayu yang menggambarkan betapa pentingnya perpaduan dan bahayanya perpecahan. Pepatah ini juga memberi isyarat bahawa isu perpaduan bukanlah sesuatu yang asing sebaliknya merupakan isu sejagat yang seharusnya diberi perhatian sewajarnya dalam keasyikan berpolitik. Berkaitan hal ini, sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa seringkali wujud pihak yang bersikap lempar batu sembunyi tangan dan sanggup menjadi gunting dalam lipatan atas dasar untuk merosakkan dan mengganggu-gugat kesejahteraan negara demi kepentingan politik peribadinya. Golongan ini saya anggap sebagai golongan fahaman pelampau politik yang seharusnya tiada tempat di Malaysia.

Dalam sebuah negara majmuk, percantuman kaum, kebudayaan, ekonomi dan politik adalah sumber nadi Malaysia dan tanpanya kita akan musnah. Keamanan dan pembangunan negara memerlukan kewarasan politik dan sikap menerima serta toleransi. Saya bangga menyatakan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia sangat bertuah kerana nikmat kemakmuran yang dikecapi serta kebebasan yang dinikmati untuk melakukan apa saja asalkan tidak melanggar peraturan pihak berkuasa. Kita selama ini dapat hidup dengan cara kita sendiri, kecuali gangguan parasit-parasit dan golongan fanatik politik yang mengganggu kententeraman masyarakat. Hanya satu sumber kebimbangan besar rakyat Malaysia iaitu golongan fanatik politik dan berfahaman perkauman.

“Dapatkah suatu bangsa ynag tidak bersatu-padu itu memelihara keselamatan dan keamanan negaranya?”. Negara kita lahir ke dalam peta dunia dengan usaha kita bersama. Tiada faedahnya kita mendedahkan diri kepada kemungkinan yang tidak menguntungkan sesiapa melainkan musuh-musuh dari luar. Keamanan serta kemakmuran negara bergantung kepada saling mengerti serta semangat muhibbah di kalangan rakyat dan ini mestilah menjadi perhitungan utama bagi semua warganegara Malaysia.

Jika saudara-saudara masih ingat tentang dokumentari tv bersiri yang bertajuk “crocodile hunter” tetapi kali ini saya bukan bercakap soal pemburu buaya tetapi berkaitan kumpulan tertentu aliran politik fanatik yang saya anggap sebagai pemburu kuasa atau saya istilahkan sebagai “political hunter”. Jika pihak ini diberi kepercayaan untuk menerajui kepimpinan negara, ia merupakan suatu dinamis politik yang bemasalah kerana mereka ini boleh merupakan ancaman kepada perpaduan dan kesejahteraan negara. Musuh-musuh dalam selimut ini terdiri daripada 4 jenis:

· Anasir-anasir subversif, yang kita tahu tujuan mereka tidak kurang demi kepentingan politik peribadi.

· Oportunis-oportunis dan para parasit yang hidup subur di mana saja mereka lihat ada kesempatan dan sedia berbuat apa saja untuk keuntungan diri sendiri.

· Anasir-anasir anti-nasional iaitu mereka tidak mempunyai rasa tanggungjawab sosial dan merupakan golongan taksub yang sedia menyertai sebarang pakatan hinggakan sanggup menganjurkan demonstrasi jalanan, mogok lapar dan sebagainya yang diluar batasan budaya kita sebagai masyarakat yang terkenal dengan sopan-santun. Sudah lupakah kita dengan slogan “budi bahasa budaya kita?”.

· Golongan yang putus cinta atau kecewa kerana agenda peribadi tidak kesampaian.

keempat-empat golongan di atas merupakan kumpulan Perosak Rakyat yang sentiasa memanipulasi minda rakyat. Kumpulan ini pada pandangan mata kasar rakyat seolah-olah sedang berlayar dalam kapal yang satu, melayari lautan politik sedangkan secara realitinya walaupun sekapal tetapi masing-masing mempunyai ketetapan arah tuju pelabuhan yang hendak dituju. Satu pihak menuju ke pelabuhan ideologi yang liberalisme bertujuan memberikan kebebasan tidak terbatas dan ini sangat berbahaya kepada masyarakat majmuk kerana isu sensitif akan sentiasa mengambil tempat, manakala pihak lain menuju ke pelabuhan ideologi sosialisme berhasrat membawa negara ke arah satu parti yang mengongkong hak-hak asasi. Sedangkan pihak yang satu lagi menuju ke pelabuhan taksub yang kononnya demi kepentingan agama hinggakan sanggup mengkafirkan orang Islam yang lain yang masih mengucap kalimah syahadah (Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah). Oleh itu marilah berfikir sejenak... Mampukah kapal yang dinaiki tiga pihak ini sampai ke pelabuhan? Bolehkah dua pihak yang lain berkompromi demi pihak yang satu lagi atau pelabuhan yang mana satukah harus dituju dahulu?...