TEGURAN INDAH CARA BERHIKMAH

8:51 PM / Posted by SAMBAL BELACAN /


Niat baik kita memperbaiki kepincangan dalam sistem politik tanahair dengan menegur atau mengkritik sering membuahkan hasil yang bertentangan. Semakin ditegur semakin menjadi-jadilah. Semakin ditegur, benang yang basah semakin ditegakkan. Malah, ada ketikanya kita mendapat jolokan mr right atau dilabelkan tidak Islamic dan tidak mempunyai kewarasan politik.


Teguran umpama penawar yang pahit untuk merawat penyakit. Ia perlu diberikan tetapi hanya akan diterima oleh orang yang sedar bahawa dirinya ada masalah dan perlu kepada penawar tersebut. Jika penawar diberi dengan cara melempar atau membaling, ia akan tumpah begitu saja dan menjadi sia-sia, malah kita terpaksa pula membersihkan lantai ditempat ia jatuh bersepai.

2 comments:

Comment by DEPU-DEPU on July 3, 2009 at 1:44 AM

Salam sdr.Sambal belacan..

Saya setuju dgn pendapat sdr..bahawa dlm membaiki kepincangan perlu kepada sifat sabar dan menghormati perasaan orang lain..menarik rambut dari tepung.Rambut tak putus tepung pula tak berselarak..

Comment by SAMBAL BELACAN on July 3, 2009 at 3:18 AM

Terima kasih saudara Depu-depu, dalam memberi teguran haruslah berdiplomasi dan ada sifat kesederhanaan

Post a Comment