Badan Besar Jiwa Kecil

10:54 PM / Posted by SAMBAL BELACAN /

Tersenyum sinis kita dibuatnya adakah patut seorang insan yang tidak ingin saya sebutkan namanya di sini berangan-angan jadi pemimpin... lucu pun ada, pelik pun ada, bukannya apa takut pula jadi macam Mat Jenin...

Menjadi pemimpin bukannya mudah, bukan setakat berani bersuara dan kenal ramai pemimpin, hakikatnya seorang pemimpin perlu ada jati diri dan yang paling mustahak tujuannya menjadi pemimpin mestilah ikhlas demi menyumbang bakti kepada masyarakat Kota Belud, bukannya mengejar populariti. Menjadi pemimpin masyarakat tidak sama dengan menjadi artis, kerana artis untuk populariti semata-mata.

Saya bukan berfikiran sempit mahupun berdendam dengan sesiapa, cuma saya inginkan pemimpin yang terbaik untuk masyarakat Kota Belud. Yang paling merisaukan saya kita tersilap pilih pemimpin... apa akan terjadi kalau tersilap pilih pemimpin, rakyat akan menderita, kita juga yang susah.

Jadi berfikirlah sebelum mengusulkan mana-mana nama pemimpin pelapis. Jadi lihat dan kaji terlebih dahulu sebelum membuat cadangan, ramai lagi yang berkebolehan dan jangan cuba perkecilkan skop semasa membuat cadangan.


Labels:

6 comments:

Comment by kelapa mawar on July 13, 2009 at 11:45 PM

Salam sdr ..sambal belacan..

bagi saya siapa yang bersedia menjadi pemimpin perlu diuji dulu...pijak bara api..selamatkan kaum wanita...dulu..

Comment by SI RENGIT on July 13, 2009 at 11:58 PM

salam ziarah,

Berangan-angan bukannya salah, cuma kena tengok tempat lah. Mat Jenin berangan tak salah tapi yang menjadi kesilapanya ialah dia berangan-angan ketika memanjat pokok kelapa...di situlah silapnya..

Pada saya tersilap pilih tak da masalah kerana yang paling saya takut adalah apabila kita semua berhenti memilih...fikirkan

Comment by SUARA RAKYAT on July 14, 2009 at 12:02 AM

Salam.. kita tunggu reaksi dayangwulan, dalam isu memilih "pemimpin" ini.

Comment by Pahlawan iranun on July 14, 2009 at 8:48 PM

salam sdr sambal belacan

pemilih pemimpin harus di lakukan dengan tepat supaya tidak timbul masalah yang kurang menyenang rakyat..saya berani mengatakan pemimpin kota belud yang sedia ada tidak berkualiti bkn dari segi pendidikan atau pun sebagainya tapi dari skop kepimpinan..berapa ramai wakil rakyat kota belud, satu pun tidak memberi satu segi perubahan terhadap penduduk daerah kota belud malah mengumpul dana untuk kepentingan sendiri..cuba berikan saya 10 perubahan yang di lakukan oleh wakil rakyat kota belud sperti dato salleh,tan sri pandikar, dato rahman,dato japlin dan dato musbah hj jamli..mereka menjadi wakil rakyat bertahun lama nya..tapi kota belud masih dalam keadaan yang sama..hanya pemaju yang memajukan pekan kota belud..setiap kg tidak mendapat bekalan air bersih,dan kemudahan yang lain pada hal isu ini byk kali di aju kan..di mana mereka? adkah suara rakyat tidak smpi kepada kerajaan pusat? pilih pemimpin yang betul bkn pilih atas kepentingan sendiri..

Comment by kelapa mawar on July 14, 2009 at 11:44 PM

salam sdr..

Maaf lalu sekejap..

ai yah...dg wulan blm komen kah? manalah blogger wanita ni..tak nampak-nampak lagi..
Btl jugak cakap pendikar Iranun 2..semuanya sama saja...masyarakat kb pun sama...
knp pilih pemimpin yg begitu...?
bagus lagi kalau pembangkang...
pakat-pakat lah kita...kami dgn dgwulan ni ikut saja...

Comment by Hati Seorang Wanita on July 14, 2009 at 11:56 PM

A'kum...

emmm...kak mawar & kak dywulan, nampaknya kita ada sedikit perbezaan pendapat coz mcm mn kita jd wakil rakyat next term kalau masuk pembangkang...

Saya sekarang ini dalam puteri UMNO, adalah juga sedikit kedudukan... mana tau next term kot2 terpilih jadi calon

Post a Comment