Nik Aziz Buat Hal Lagi : Sakit Orang Tua NI

4:01 AM / Posted by SAMBAL BELACAN /

Nik Aziz Kata Ahli Umno Tak Akan Masuk Syurga

BUKIT MERTAJAM, 17 Ogos (Bernama) -- Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota Umno.

"Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini Isnin selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Pengundian ialah pada 25 Ogos ini.

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Pas, Mohd Salleh Man, 52, yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, dan calon Barisan Nasional Rohaizat Othman, 38.

Kawasan itu mempunyai 20,290 pengundi berdaftar.

-- BERNAMA

Sumber : Bernama

Labels:

7 comments:

Comment by A. Azman on August 18, 2009 at 11:49 PM

Untuk pengetahuan saudara,akhbar telah memutar belitkan kenyatann TG Nik aziz.Berikut saya berikan the latest news about it..

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga".

"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya sewaktu sidang media di pejabatnya tadi.

Beliau berkata demikian kepada media sebagai menenafikan laporan akhbar hari ini yang melaporkan kenyataannya bahawa "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga", di pejabatnya tengahari tadi.

Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.

Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.

"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya lagi.

Tambahnya lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.

"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.

Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.

Ketika diminta mengulas adakah kenyataan beliau sering diputar belitkan kerana musim pilihan raya kecil, Tuan Guru memberitahu beliau memang sedar tentang perkara itu.

"Kita memang dah tahu dah cara (taktik) parti ni, memang macam tu lah,"ujarnya.

Akhbar perdana sudah jadi akhbar Umno

Menyentuh kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.

"Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu tuan punya cakap.

"Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut surat khabar," ujarnya.

Nik Aziz juga berharap, agar rakyat di negara ini merdekakan pemikiran dari menurut manusia kepada menurut Nabi Muhamad SAW.

"Manusia kena menukar pemikiran dari mengikut manusia kepada menurut kepada ajaran Nabi Muhamad SAW,"katanya.

HARAP MAKLUM..

Comment by SAMBAL BELACAN on August 20, 2009 at 7:09 PM

Salam,

Sdra Azman saya juga sangat mengharapkan bahawa itulah sebenar kenyataan TGNA. terima kasih di atas ulasan sdra

Comment by SAMBAL BELACAN on August 20, 2009 at 7:15 PM

Salam,

Terima kasih Sdra Sabahkita, sempena 1 ramadhan bersamaan 22 ogos 2009, marilah kita bersama-sama berlapang dada dan menghayati bulan ramadhan al mubbarak dan pada bulan ini juga rukun Islam yang lain turut wajib ditunaikan iaitu zakat fitrah.

Selamat berpuasa...

Comment by tawadakan on August 21, 2009 at 12:42 AM

Salam,

Sdra Azman, saya petik ulasan sdra di atas,
"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya lagi.

Tambahnya lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga".
KOMEN SAYA, kalau bersekongkol dengan DAP adakah itu dasar yang menjurus ke arah Islam, dahulu UMNO ingin mewujudkan kerajaan perpaduan dengan PAS tetapi PAS menolak dan lebih rela bersekongkol dengan DAP...syabas dan tahniah kerana dasar Islamic yang ditunjukkan.

Tahniah!!! sekali lagi kerana PAS berjaya mendapatkan hak paten yang mana paten kebaikan dan kebenaran, orang lain tak boleh tirulah...kalau UMNO buat kerja semuanya salah kerana gagal mendapatkan paten kebaikan dan kejujuran seperti PAS.

Kesian UMNO kerana kalau buat kebaikan sekali pun tetap dilabelkan sebagai jahat kerana gagal dapat paten seperti yang dimiliki oleh PAS. Ini mungkin paten "goodwill" atau nama baik...PAS merupakan pihak yang pertama di Malaysia mendapatkan paten ini...Tahniah Azman

Comment by A. Azman on August 21, 2009 at 1:38 AM

Slm sdr tawadakan,syukran for ur respon. Perkataan bersekongkol itu semcm PAS sudah masuk DAP.Anda mempersoalkan PAS bersama DAP, Prnah anda mempersoalkan UMNO bersama MCA?bersama MIC?

UMNO ingin mgwujudkan kerajaan perpaduan brsama PAS?Tp adakah UMNO akan mlaksanakan QURAN dan Sunnah?itu sebab PAS tolak sebab tidak akan berjaya.isu utk UMNO nak PAS bersama kerajaan da lama dah, cuma UMNO nak PAS brsama kerajaan tp tak nak melaksanakn undng2 Islam.

PAS bsama DAP? seolah2 pmbangkang hanya pAS dan DAP shaja..PAS x bersekongkol dgn DAP,PAS hnya brsama atas satu nama pembangkang dlm sebuah kerajaan.DAP brsama PAS,bkan bmakna PAS trus mcm DAP..cuma atas nama pmbangkang shja.PAS mnentang UMNO sebab UMNO adalah Organisasi yg org2nya islam tp xlaksanakan islam dgn sepenuhnya dan UMNO adlah yg mntdbir kerajaan.Cuba di terbalikkan,contohnya DAP yang mnjadi Kerajaan..Sudah tentu Pas juga akan menentang atas nama pmbangkang..dan mungkin bersama UMNO spt mana PAS bsama DAP skrg.tp situasi nya bukan bgitu..

"..Kesian UMNO kerana kalau buat kebaikan sekali pun tetap dilabelkan sebagai jahat..".ini komen sdra,tp sy nak tnya,pnah kah UMNO mghargai usaha PAS pula?Setiap apa yg dlakukan PAS juga UMNO labelkan xbaik dan xrelevan,ini lumrah berbeza pndapat dan ideologi...

"..kalau UMNO buat kerja semuanya salah kerana gagal mendapatkan paten kebaikan dan kejujuran seperti PAS..".Ini koman sdra juga kan..sdara sendiri mgatakan UMNO buat krja semuanya slh sebab xada kebaikan dan kejujuran spt PAS.Ini bukan saya yang kata,anda yang kata...

saya xbuat apa2 pun yang mmbanggakan..jadi xperlu ucap tahniah.k.apapun smoga kita mndapat keberkatan RAMADHAN..Selamat mnyambut Ramadhn Al Mubarak kepda semua..

Comment by tawadakan on August 21, 2009 at 7:37 PM

Salam,

Sdra Azman, saya masih ingat akan pepatah "tin kosong kalau diketuk kuat bunyi"

PAS cuba menjauhi UMNO dan merapatkan diri dengan DAP hingga terbentuknya Pakatan Rakyat, Tidakkah itu bersekongkol namanya? mungkin saya terlupa, mungkin ini hanya kiasan barangkali! sebab PAS banyak kiasan...

PAS mengaku hero rakyat dan Islam, soalan saya bagaimana pendirian PAS terhadap pelbagai isu yang timbul di Selangor khasnya isu arak yang hangat diperkatakan baru-baru ini? Konon PAS hanya menentang kerajaan, jadi Apakah PR bukan kerajaan di Selangor?

DAP adalah bayang-bayang yahudi di Malaysia tetapi yang menghairankan saya, PAS sanggup pula berkahwan dengan DAP. PAS tak buat kajian kah?

Untuk pengetahuan sdra Azman saya bukan ahli UMNO mahupun PAS, saya hanya pemerhati politik sahaja.

Sdra Azman menyatakan bahawa UMNO tidak melaksanakan undang-undang Islam, pertanyaan saya...adakah Pakatan rakyat juga melaksanakan undang2 Islam. Pakatan Rakyat juga merupakan kerajaan di beberapa negeri tapi tidak melaksanakan undang2 Islam pun!!

Paten kebaikan yang saya maksudkan adalah paten syok sendiri,ops! maaf itu mungkin jawapan kiasan daripada sdra, maklumlah parti yang banyak berkias. Berkias ok jugalah tapi janganlah sampai putar belit!!!

Sekian, Selamat berpuasa

Comment by Norawi on August 21, 2009 at 9:23 PM

salam ramdhan.selamat berpuasa.

Post a Comment