Benar atau Tidak?

11:28 PM / Posted by SAMBAL BELACAN /



















Menimbulkan persoalan besar... terleraikah persengkitaan mereka? Ketiga-tiga pihak ini dikatakan mempunyai perbezaan pendirian politik yang berbeza. DHMJ merupakan orang kesayangan HJ Manshor. Manakala Roslan HJ Manshor musuh politik lama DHMJ.

Betulkah persahabatan Roslan dengan DHMJ terjalin kembali? Bagaimana pula hubungan Roslan dengan DSSK, yang dikatakan semakin renggang akibat sokongan isterinya (Rosmanah) kepada Saidatul Badru yang dikatakan merupakan tajaan DHMJ dan Musa Aman. Satu lagi persoalan bagaimana pula hubungan Roslan dengan TSP yang memperjuangan Roslan semasa dipindahkan di pedalaman suatu ketika dahulu.

Inikah yang dikatakan dasar pendirian politik umang-umang atau lebih enak di dengar talam dua muka. Disamping lupa daratan.

Mana mungkin Roslan boleh menggantikan TSP yang boleh saya ibaratkan Harimau Kumbang Kota Belud. Rakyat khasnya masyarakat Iranun harus berterima kasih kepada sumbangan TSP yang memartabatkan sukubangsa.

Ini bukan serang peribadi tetapi untuk menasihati rakyat agar tidak tersalah pilih pemimpin! Mampukah Roslan memperjuangkan sukubangsa seperti TSP? Selamat Berfikir

Labels:

9 comments:

Comment by Unknown on November 9, 2009 at 3:25 PM

Saudara Sambal Belacan,

Adalah tidak adil kepada kita memberi gambaran kepada kita tentang hubungan seseorang. Saya fikir Saudara Roslan tetap seperti TSP yang memperjuangkan bangsa Iranun. Tetapi sebagai ahli politik yang matang, dia kena melayan pemim pin lain yang tidak sependapat dengan dia Seperti DHMJ dan DSSK. Sebagai dari suku yang minorti saudara Roslan juga mengharapkan sokongan bangsa lain dalam melangsungkan keria politiknya dalam daerah Kota Belud.

Comment by Unknown on November 9, 2009 at 3:51 PM

Salam Sambal Belacan,
Nama sahaja kau nie buruk-buruk sedap di makan, tapi tidak menggunakan akanl dalam berhujah, kau fikir TSP kau nie hidup sampai hari kiamatkah, tidak pandai mati. Sedangkan baru-baru nie pun dia dah masuk IJN kena serangan penyakit jantung. Ini satu tanda bahawa TSP sudah dipenghunjung sudah. Sekarang cuba kau bagi tahu nama anak Iranun yang boleh menggantikan dia kalau sudah dia mati nanti.
Berapa ramai anak Iranun yang dia ajar menggantikan dia, kalau ada pun dia tikam sampai mati. Kalau ada yang tidup pun kerana pandai membawa diri dalam politik. Kita jangan biarkan bangsa Iranun kembali seperti dulu tiada pemimpin hanya kerana TSP kau yang tamak kuasa nie mahu hidup sampai kiamat.

Comment by Unknown on November 9, 2009 at 4:04 PM

Salam,
Hai kena juga si Sambal nie, apa pun saya amat setuju pendapat Abu Nawas kita jangan terlalu kesukuan, saya masih ingat Iranun sebelum masuk UMNO tidak pandai menang di kawasan Tempasuk kerana terlalu fanatic kepada Iranun. Akhir yang rugi bangsa kita. Saya tak kira TSPkah atau saudara Roslankah yang penting ini mereka ini berjuang untuk bangsa Iranun.

Comment by Unknown on November 9, 2009 at 4:08 PM

Salam,

Sambal-sambal!!!!!!! siapa ba calun kau nie selepas PANDIKAR kau kita bincang dulu, bolehkah dia atau tidak. Atau kau sahaja ba jadi calun. Sebelum itu keluar dulu dari watak Sambal Belacan bau busuk nie.

Comment by Pendekar Tua on November 9, 2009 at 4:49 PM

Rupanya ada juga isu Si Roslan di sini...makin hangat nampaknya..atau sengaja dihangatkan. Usahlah kalian mencari ganti TSP kerana pemimpin ini masih bertenaga dan berwibawa..

kalau masuk IJN pun, boleh dirawat. Tun Mahathir pun pernah beberapa kali masuk IJN,syukur alhamdulillah hingga kini masih diberikan kekuatan dan kesihatan..

Jangan kita lupa bahawa, ajal, rezeki semuanya di tangan tuhan..rajin-rajinlah belajar kuntau politik barulah berniat jadi calon..

ini baru kena pindah tempat kerja sudah menggelabah...macam hilang bini saja..macam mana kalau di sepak terajang dlm politik sprti yg pernah dialami oleh TSP sendiri..mampukah menghadapinya..?

Comment by SAMBAL BELACAN on November 9, 2009 at 5:21 PM

Salam buat kalian,

Saya bukan menidakkan kepimpinan Roslan Hj Manshor, tetapi hakikatnya beliau perlu belajar lebih banyak lagi untuk memjadi pemimpin sukubangsa dan semua rakyat di Kota Belud.

Kepimpinan bukanlah permainan boleh dicuba-cuba, ia harus mengikut tangga-tangga kerana setiap perkara ada peraturannya.

Dadihku Roslan, na padtaruen aken den sa rekanu langun aa ghababayah pembalui pamimpin, ilai anyu akih dadih su ginawa yu, pun den ghasarigan na pengagalebek, na itarus yu, pun dih fikir anyu beberapa kali, kena mutu dadihku Roslan...

ugaid mutu den, gini buh aa pituah aa ghibegai ku rekanu...

Comment by Unknown on November 10, 2009 at 10:56 PM

salam...

Niah aku masuk campur tapi saya rasa cukup lucu kerana sebut nama sdr Roslan saja, org2 kanan TSP mcm bergegar dan takut, sedang kan siapa la sdr Roslan ini klu di bandingkn dgn TSP. Mcm lagu semut merah la katakan..

Tapi berdasarkan pemerhatian saya, bila nama sdr Roslan diperkatakan mcm memberi impak pula kpd TSP. KENAPA?? Mungkin kerana rasa gentar bersaing lantas membuatkn sdr sambal belacan menulis artikal ini yg cuba memperkecilkan dan memburukkan sdr Roslan.

Makanya saya nampak RASIONALNYA disini.. KEKUATAN dalam diam sdr Roslan sudah di perakui dan sedang di cantas oleh sdr SB, makanya usaha untuk MENJATUHKAN sdr Roslan sedang DIUSAHAKAN.

MUHASABAH DIRI LA..DAN TERIMA HAKIKAT DAN BERI LALUAN PADA ORG LAIN KALAU TARING SUDAH TIDAK BERBISA. PERCAYALAH KEKUASAAN TUHAN.. JGN MEMUTUSKAN REZEKI ORG LAIN... Ambil Iktibar dari kejayaan MAWI Akademi Fantasia... KUN FA YA KUN.

Minta maaf klu menyinggung, saya tiada kepentingan dlm politik. Nasihat saya sbgai org tua yg selalu sakit... bersara dan berehat, banyakkan beribadat kerana klu sudah tua KUBUR KATA MARI, DUNIA KATA PERGI.. and we rest in peace.

Comment by Pendekar Tua on November 11, 2009 at 6:44 PM

Sdr abu..

siapa yg sdr maksudkan itu..? TSP kah.. jangan sdr abu lupa TSP masih gagah di persada politik negara. Speakar DR bukan calang-calang tugasnya..TSP bukan duduk diam sahaja ,dia juga ada rangkaian di seluruh negara..TSP ada kuasa, ada kawan, ada pengaruh dan ada kewibawaan. TSP akan berjuang selagi nyawa di dalam badan sekalipun menghadapi persaingan dari sdr sebangsa..

dalam politik tidak ada bangsa yang rapat..masing-masing ada kepentingan dan kepentingan itu hanya dapat direbut bila ada kuasa danpengaruh..

Bagaimana dgn nama-nama yg sdr abu katakan itu..ada pengaruhkah? kalau setakat di KB saja suruh diamlah..bininya pun ada pengaruh juga..orang Badru katakan..jangan mimpilah..manakan sama semut dengan gajah..fikirkanlah.

Comment by BELUM PENDEKAR on December 2, 2009 at 6:18 AM

Salam semua,
Mohon untuk tumpang memberi komen sedikit...

1. Saya kenal dan tahu TSP sejak saya kecil lagi. Masa tu beliau menjadi calon USNO di Usukan. Seperti saya, saya fikir ramai orang Kota Belud yang kenal dan tahu TSP. Justeru, kalau dikenali ramailah ukuran yang kita guna untuk mengatakan bahawa individu tertentu boleh memimpin, maka tiada siapa di KB ini yang lebih layak daripada TSP dan DSSK. Siapa tidak kenal mereka.. Bahkan di seluruh Sabah, dan di seluruh Malaysia sekalipun, nama mereka amat dikenali. Sebaliknya, individu lain yang disebut dalam perbincangan ini bukan saja saya tidak kenal, kawan-kawan saya juga tidak kenal, saudara-mara saya juga tidak kenal.. Jadi, saya tidak nampak di mana pengaruhnya.

2. Kedua, dari segi kebolehan, saya fikir tidak perlulah saya membandingkan antara individu yang dikatakan menakutkan orang-orang kanan TSP ini dengan TSP sendiri. Barangkali, anak murid TSP pun dia tidak boleh lawan. Bukan memperkecil tapi, kalau setakat mengajar sekolah rendah... kita tentu dapat mengagak sejauhmana kebolehan beliau. Justeru, nama-nama seumpama itu tidak sedikitpun menakutkan orang-orang TSP mahupun TSP sendiri..

3. Ada pula yang menganggap TSP masuk IJN kerana di serang sakit jantung dan sudah dipenghujung. TSP juga kononnya telah menikam suku bangsanya sampai mati. selain itu TSP juga kononnya tidak ajar sukubangsanya untuk menggantikan beliau. Amat lucu pandangan ini... Wahai sdr ku, kualiti kepimpinan ini tidak boleh diajar-ajar mcm baca buku. Ianya lahir dari diri sendiri. Yang boleh dibuat hanya menggilap kualiti tersebut supaya lebih bersinar. Tapi, kalau kualiti kepimpinannya pun tiada, apa yang mahu digilap?.. TSP masuk IJN bukan kerana sakit jantung sdr ku.. menurut kawan saya yang agak rapat dengan kawan TSP, beliau masuk IJN kerana masalah tekanan darah yang tidak konsisten. Sebab itu beliau dimasukkan untuk pemantauan. Dr pakar yang memantau perkembangan beliau juga mengesahkan bahawa masalah itu bukan disebabkan oleh jantung.

4. Akhirnya, kalau mau jadi pemimpin agak-agak dulu kebolehan sendiri.. bak kata pepatah, Ukur Baju Di Badan Sendiri..

Salam

Post a Comment